Saturday 26 May 2012

The ends our love story. :')

Assalamualaikum, kali ni aku nak cerita pasal kisah cinta aku. hahaha. selalu aku sibuk cerita kes itu ini. langsung takde cerita pasal aku. hahaha. aku tak nak cakap banyak. just nk upload video.. aku harap die tengok.. jodoh kami tak kuat. kalau jodoh insyAllah. aku percaya jodoh yang dah ditentukan oleh Allah SWT.
miraamins a.k.a KABOK this video for u. act video ni i buat untuk birthday u. kire hadiah lah. tapi xsempat nak bagi kite dah takde jodoh.. u tengok je lah eh. :')







Terima kasih atas segalanya.

Friday 20 April 2012

zaman kita semua kanak² era 80an & 90an

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Pertaman sekali aku nak mintak maaf sebab dekat sebulan aku tak update story and isu-isu baru. takde mase. keje tersangat lah banyak. jadi maafkan lah saya.

Ok ,kite jangan buang masa kerana masa itu emas. Mari kita imbau eh imbau ke imbas. xkisah lah. ingat kembali zaman kite sewaktu zaman kanak². ni khusus kepada pembaca yang lahir tahun 1970-1999. yang lebih dari tu. 'abang' rase adik tak sempat merasa zaman kanak² yang indah.

Ok. kite terus masuk ke alam darjah 1. Bagaimana korang semua menghadapinya ? sure parents yg tunjuk kan kelas korang. dan masuk buat muke sedih. dan kene kenal kan diri dekat depan sekali. kemudian kita semakin meningkat ke darjah 4.Di darjah 4 kite mule mempunya ramai kawan dan berani untuk bergerak ke mana-mana sendiri(area dalam sekolah) . hehe. sekarang aku nak ingatkan kembali permainan yang kita selalu main dalam kelas.. hmmm .. jom kite imbau kembali.....

                                                                1.Permainan titik

popular permainan ni waktu cikgu tak masuk kelas ade meeting ke.cikgu mc ke.dan sebagainya.Dan buku yang akan menjadi mangsa adlah.... Buku matematik.. nak tahu page mane yang jadi sasaran ? sudah tentu kite akan mencari page yg tengah. dan akan cabut kertas .hahaha.kemudian start the game.. kalau cikgu matematik tahu.. kene sebat. HAHAHA.

2.Ceper

permainan ni berasal dari tutup botol.mesti adik-adik tanya ade ke tutup macam ni? haha. yela zaman sekarang semua tutup plastik. dulu cukup popular botol coke,pepsi,sarsi. popular botol kaca ni. dan penutup die kite ambil untuk jadi kan permainan. mane nk dpt byk2 ? hah. pergi kedai mamak. beli dekat mamak.rm1 dapat 5 tutup botol. hehe. 

3.Lawan pemadam

Tentunya kedai buku akan jadi penuh bila tiba waktu rehat,sebab.... budak-budak nak beli pemadam yg macam diatas. dulu banyak jenis gambar.gambar bendera.cartoon. harga nya 20sen setiap satu. dan pencil box besi 2 tingkat.tingkat atas akan penuh dengan pemadam ini. sangat menyeronok kan. lebih kurang mcm maen wwe. pemadam 1 kene himpit pemadam 2. siapa himpit dulu die menang. kene ade strategi. dan jalan mengikut giliran selang seli. hehehe

4.bola sepak (kertas/kad)

permainan bola sepak ni ade macam cara.tapi yang aku selalu main mase kanak-kanak ialah.. pakai kad daun yang kecik tu. then kite lipat kepada dua. kemudian tekan bahagian atas untuk jadi seperti tendangan. hehehe.

5. jet kertas


jet kertas !! siapa yang tak pandai buat jet ni. memang zaman kanak-kanak die tak sempurna.. buku nya adlah bahagian tengah. haha. korang search la kt utube.*cara buat  jet kertas. hehe. kot-jot lupe nak buatkan..heheheh..

6.batu seremban

permainan ni lebih suke dimain oleh pelajar perempuan. kalau lelaki yang pandai main. kire bangga la. biase lelaki yang pandai main ni. lelaki tu die nk ngorat awek yang maen game ni. hehe. kalau dekat area kampung dorng main pakai batu. tapi kalau dekat belah bandar. mereka kreatif sikit. dorng curi sarung bantal dekat rumah. then pergi dapur cari kacang hijau. dan jahit. tak pun suroh bibik jahitkan. haha..

7.permainan getah


tentunya permainan pelajar wanita. dan permainan ini teramat lah sukar. aku tak sure permainan ni macam mane.. hehehe. tanya lah pelajar wanita..


sebenarnya banyak lagi permainan yang kite main waktu kite era 80/90an..kalau nak dihuraikan memang 1 minggu kot. sini aku cume dapat lampirkan gambarnya.supaya korang dapat mengingati zaman kanak yang terindah dan zaman sekolah rendah dan sahabat-sahabat kite dan mungkin ada yang telah pergi.Dan mari kite mengambil kesempatan ini sedekah kan kepada sahabat kite waktu di zaman kanak-kanak yang telah tiada.. Al-fatihah....

amin..

ok jom kite tengok gambar-gambar..
















(aku menangis kot tak dapat bende ni kt pasar malam)















itu saje yang dapat aku kongsikan,semua itu yang aku lalui mase zaman kanak-kanak. aku pasti korang lebih banyak pengalaman. hahaha. ini belom aku bukak citer main sorok-sorok dalam longkang,main baling selipar. teman akak aku main masak-masak. HAHAHAH. teman je ok. 
hahahah

eh jap !. sebelom aku sign out. laya video ini.pasti korang rindu zaman ini.






Sekian,
Muhd Amirul Agam .
Ketua kelas 6 Cempaka




















Temu Duga Part 1

Soalan Trik: Berapakah Gaji yang Anda Mahu? Soalan berapakah gaji yang anda mahu ini kadangkala dijadikan "soalan trik" ketika temuduga. Ini kerana kadangkala bakal majikan ingin menguji sejauh manakah anda menilai kebolehan diri anda.
Namun begitu, soalan ini perlulah ditangani secara berhati-hati kerana anda tidak mahu kelihatan seperti terlalu mementingkan keperluan materialistik tetapi pada masa harus mempertahankan 'market value' calon temuduga.
Berikut adalah cara menangani soalan "Berapakah Gaji yang Anda Mahu?": "Saya lebih selesa sekiranya pihak Tuan sendiri memberikan saya julat gaji untuk jawatan ini" "Pendapatan kasar semasa saya bekerja di syarikat terdahulu adalah RM3,500. Bolehkah tuan berikan julat gaji untuk jawatan ini?" "Saya rasa agak terlalu awal untuk membincangkan perkara ini. Saya lebih selesa untuk membincangkan berkenaan pengalaman kerja dan skillset saya terlebih dahulu sebelum kita ke peringkat seterusnya." Elakkan dari terus bertanya berkenaan soal gaji dan bonus diawal proses temuduga. Sebaliknya tunggu sehingga penemuduga menerangkan kepada anda atau bertanyakan berkenaan gaji yang besesuaian untuk anda.

Wednesday 15 February 2012

Kisah Seram Jalan Subang Airport

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia .Aku mintak maaf sebab lame dah tak update blog . sibuk sikit. Baru-baru ni aku ade bukak emel,ada kawan kita ni puji tentang blog aku dan mengatakan yang aku berani membongkar isu semasa.dah macam wartawan 999 katanya.hahahaha. dan ada satu emel sesat suroh aku buat pasal story pasal hantu . sebenarnya aku tak de sangat nak mencari entiti. dan aku bagi tahu die. kalau anda mempunyai kisah seram atau misteri yang menarik . boleh kongsikan kepada saya. jika ia menarik saya akan kongsi di blog saya. lepas tu tak reply pulak dah. haha. semalam aku check . muncul kisah seram.. yang di kirim oleh ... tapi aku ade olah sedikit ceritanya supaya nampak lebih terusun.> begini kisahnya..
aku nak kongsi cerita aku pada 2 tahun lepas, selalunya setiap hari Isnin dan Khamis aku ada game badminton, mula jam 09.00pm hingga 11.00pm, seperti biasa kalau ada game badminton aku akan lepak di ofis, buat apa yang patut sementara menunggu waktu game tu start. Sebabnya nak ulang alik rumah ke dewan tu jauh beb.... Jimat kos konon-kononnya, selalunya bila nak pergi main badminton aku akan usung laptop aku, sebab habis game terus balik rumah. Tapi semalam entah apa punya angin atau buang tebiat agaknya... aku plan lepas badminton pergi ofis siapkan kerja sikit, ambil laptop dan balik... bodoh punya perancangan. Selesai badminton lepak ngan kawan-kawan minum kat mapley, sampai ofis dah jam 12.00 lebih, mengadap laptop sempat la buat posting yang cut and paste jer... tu yang kat bawah tu, nak siapkan kerja konon... hampeh... badan letih boleh perah otak ke... tup-tup masuk pulak sms dari Puan Permaisuri berbunyi "Balik pukul berapa, tolong beli susu Aleeya dah habis, sori lambat bagitau", aku jawap " Ok..." jer...,Kepala otak menerawang... kat mana aku nak beli tengah malam buta ni..., sambil kemas barang dan kunci ofis, cari kat kedai tujuh sebelas takda... merayau cari dan cari jumpa juga akhirnya tapi paket kecil, boleh la... janji ada stok buat sementara dan si kecil aku tu tak kelaparan malam ni, usaha tangga kejayaan beb... Dalam perjalanan balik, aku singgah di Petronas Subang Airport untuk mengisi minyak, waktu tu lebih kurang sudah pukul 2.00am macam tu lah... selesai isi minyak sewaktu nak keluar dari kawasan stesyen minyak tu...., aku rasa lain macam jer.... bila masuk jalan besar... aku rasa kereta aku berat semacam dan bulu roma meremang semacam jer... dalam hati aku berkata "something wrong somewhere" dan aku lihat cermin pandang belakang.. pergh... berderau darah aku dan mulalah tak tentu arah.... Dalam pada itu aku buat-buat pandang ke kerusi sebelah kiri sambil menjeling ke belakang... alamak kompom ada something kat kerusi belakang ..., lepas tu.... aku :country-regioncuba nak alihkan cermin pandang belakang... tapi risau pulak nanti aku tak nampak aktiviti dia kat belakang, buatnya dia hulur tangan kat leher aku lagi naya...nak tak nak tabahkan hati dan kontrol macho.... Tiba-tiba jer aku dah mula berpeluh kerana terkejut dan gabra..., bila aku dah dapat kontrol diri dan hilang rasa panik, mental dalam keadaan stabil aku mula baca apa yang patut dan bercakap dengan minah yang tak di undang ni, rambutnya lurus menjurai melepasi bahu dan berbaju hitam ke kelabu aku tak pasti... kerana dalam keadaan samar berharapkan lampu jalan... mungkin baju lusuh dah lama tak basuh agaknya... sayangnya muka dia aku tak nampak... adakah secantik model kapal selam atau secantik model Indonesia yang berumur 17 tahun tu atau seiras Angelina Jolie... aku tak pasti...
Aku kata padanya "Engkau makhluk, aku pun makhluk, Pencipta kita ALLAH SWT, bezanya aku ini makhluk yang dimuliakan, engkau naik kereta aku tanpa izin, aku hantar kau ke tempat kau naik tadi, dan aku nak kau turun di situ" korang bayangkanlah suara aku bercakap masa tu.. tergagap... gagap... macam MB Selangor tu... kalau akad nikah sah kena ulang berpuloh kali... tapi nak buat macam mana, darurat...beb... itu pun aku bersyukur pasal dia tak menjawap balik... kalau tak macam manalah suara dia... sure lentok habis macam si minah di belakang kowloon agaknya... Sesiapa yang tahu jalan dari Subang Airport menghala ke lebuhraya persekutuan boleh agak berapa jarak jauhnya, nasib baik sekarang ni dah ada U-turn kat Ara Damansara, so aku buat U-turn kat situ dan menghala ke arah bulatan Subang Airport untuk buat u-turn sekali lagi menghala ke Stesyen Petronas tadi..., tapi seksanya kereta aku punya berat tak tau nak dibayangkan..... terasa macam pandu 30km sejam dengan beban kayu balak 50tan untuk sampai ke Petronas tu... Sambil memandu sambil menjeling cermin tengok dia ada lagi ke tak ada... aku tak tau nak meluahkan macam mana perasaan aku waktu dan ketika itu, yang pasti mulut aku berkumat kamit baca ayat qursi dan bermacam lagi dengan zikirullah, jiwa aku, dada aku, perut aku semuanya tak tenteram... barcampur baur jadinya... tapi minah tu cool aje kat tempat duduk belakang... macam takda apa-apa jer.... tak terasa panas ke dengan ayat-ayat cinta yang aku baca tu... pelik juga... atau aku yang tersalah mengungkapkan ayat-ayat cinta padanya... pasal tu takda respons...kecewa betul.... Sampai jer... kat petronas tadi, aku berhentikan kereta dan turunkan cermin tingkap belakang kiri dan kanan sambil cakap kat dia " Ok... saudari kita dah sampai... boleh turun di sini" sambil menjeling cermin pandang belakang... alamak apasal dia ada lagi... tak nak turun ke... dah la aku jadi drebar tak berbayar, takan nak suruh aku bukakan pintu pula... kacau macam ni...dalam waktu fikiran aku berkecamuk tu tiba-tiba terperasan ada kereta bagi lampu tinggi dan secara automatik aku menoleh ke arah cermin sisi sebelah kanan, apabila aku toleh semula ke cermin pandang belakang... minah tu dah takda..., aku pusingkan badan menoleh ke belakang untuk kepastian.... wokeh ... kompom dia dah blah... masa bila dia keluar pun aku tak tau... pantas betul...
Aku tadah tangan, berdoa.. ucapkan syukur alhamdulillah... aaminnn.... dan ucapkan selamat jalan kat dia suruh dia takecare and becareful dan aku pun apalagi... pecut kereta semahunya... aku tekan pedal minyak rasa ringan semacam jer... berdesup perginya... tengok meter... fuhhh... 160... aku slowdown... sambil-sambil tu mata meliar juga dengan harapan dia tak follow aku lagi.... manalah tahu dia terlupa nak ucapkan terima kasih masa turun tadi... sambil terbang kat tepi tingkap.. tapi ada bau wangi yang ditinggalkan... macam bau bunga melor kalau tak silap aku... dan aku pun malas nak ambik pot... sangat... pasal bau tu... janji aku selamat. Sampai jer... di luar pagar rumah... aku teringat pesan orang tua-tua... aku pun tak jadi masuk rumah dan pergi lepak sorang-sorang pekena teh tarik dulu kat restoran mamak sambil layan astro, dalam setengah jam baru balik rumah, baca-baca apa yang patut, basuh kaki, ludah kiri kanan dan masuk rumah.... cumanya aku tak boleh tidur dan lelapkan mata.... masih terbayang-bayang lagi pada minah tu.... adakah aku dah jatuh cinta padanya.... ha..ha..ha... minta laluan... minta...laluan... idak ler...teman... Saat aku taipkan cerita ini sekarang, aku masih berfikir dan merenungkan perkara malam tadi tuh... mungkin ada hikmahnya dan aku masih tercari-cari lagi jawapannya... apa pun syukur alhamdulillah... sifat takut dan panik dapat aku atasi walaupun kecut perut jugak dibuatnya. Lagipun mungkin kerana pengalaman dengan ganguan makhluk halus sebelum-sebelum ini membuatkan aku terkawal sikit, walaupun terkejut pada mulanya... padahal sebelum ini aku hanya bertemu sipi-sipi jer dan dari jarak jauh.... bukannya face to face macam ni dalam suasana yang agak lama masanya. .

Tuesday 14 February 2012

Hari kekasih haram ! jadi perbuatan yang menyambut juga HARAMJADAH!

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia tentunya lama aku tak update blog.jadi hari ni 15/02/2012 dan tentunya semalam 14/02/2012 hari kekasih dan hari haram kepada umat islam..tetapi ramai cakap tak serupa bikin.. dekat status update tak sambut .tapi keluar dengan kekasih> check hotel bajet.. aish.. tak de klas leee..ok . bace je . >>> Hasrat kononnya ingin menjadikan Hari Kekasih sebagai hari istimewa bersama pasangan bertukar menjadi mimpi ngeri kepada 102 orang yang dicekup Jabatan Agama Islam Johor (Jaij), malam kelmarin. Jumlah itu adalah mereka yang ditahan di seluruh negeri ini dalam Operasi (Ops) Kekasih dilakukan Jaij bermula jam 10 malam hingga dua pagi. Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jaij, Mohd Zamri Kambari berkata, kesemua mereka ditahan dalam beberapa serbuan di hotel bajet dan tempat awam dan berusia sekitar 18 hingga 40 tahun. “Daripada jumlah tersebut, 94 orang merupakan rakyat tempatan, tujuh warga Indonesia dan seorang lagi warga Bangladesh," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurut Mohd Zamri, sebanyak 44 pasangan disiasat mengikut Seksyen 27 (1)(a) & (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana berkhalwat. Katanya, seramai 12 orang pula disiasat mengikut Seksyen 29 enakmen sama kesalahan berkelakuan tidak sopan di tempat awam dan dua di bawah Seksyen 19 enakmen sama kerana meminum minuman memabukkan. Kesemua yang ditahan telah diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan sementara. Sementara itu, dalam salah satu operasi yang dijalankan, seorang wanita bagaikan tidak serik apabila dicekup buat kali ketiga di sebuah hotel murah di Taman Puteri Wangsa, di sini, kelmarin.
Wanita berusia 22 tahun yang sebelum ini pernah ditahan dua kali atas kesalahan sama dicekup bersama pasangannya berusia 30-an ketika serbuan dijalankan pada jam 11.30 malam. Turut ditemui di bilik yang disewa oleh pasangan itu peralatan dan dadah dipercayai jenis syabu. Dalam operasi sama, seorang lelaki hampir pitam apabila bilik yang disewanya diserbu penguatkuasa. Lelaki berasal dari Kota Tinggi itu kelihatan pucat dan berpeluh-peluh apabilanya dihujani pelbagai soalan daripada pegawai bertugas. Dalam Ops Kekasih tahun ini, seramai 78 penguatkuasa Jaij terlibat di seluruh daerah negeri Johor p/s : info sinar harian...

Thursday 19 January 2012

Kuala Lumpur tempat untuk melepaskan NAFSU SEKS !



Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. aku mintak maaf sebab lame tak update blog ni. al maklum dah start practical.so busy sikit ..so hari ni atau minggu ni aku nak cerita tentang pelacuran. aku nak kongsikan apa yang aku dah tinjau di sekitar kuala lumpur (KL) . Kalau siapa yang penah baca blog aku yang sebelom ini.aku menghuraikan cerita tentang pondan setelah aku buat siasatan.kali ini.aku sekadar buat tinjaun di beberapa tempat yang sering dikatakan antaranya,jalan petaling dan thambipillay,brickfield..Disini akan sesak dengan perlbagai jenis manusia sejak jam 8.00malam lagi.dan akan lagi rancak pada kemuncak waktu malam..


Berdasarkan pemantauan hampir dua jam,aku mendapati kebanyakan pelanggan di kalangan warga asing,terbabit dari bangladesh,pakistan,indoensia dan Myanmmar.dan ada segelintirnya orang tempatan.Kebanyakan mereka berpusu-pusu memasuki pintu kecil di tingkat bawah rumah kedai itu.diluar tangga rumah tersebut mempunyai lampu merah menandakan perniagaan sedang berjalan.




dalam rumah urut

pintu kecil menghubungkan tangga ke tingkat atas rumah kedai itu juga dikawal oleh bapa ayam atau tonto yang itu memantau setiap gerak geri atau kehadiran pihak berkuasa.Rata-rata pelacur berusia awal 20-an terbabit yang aku percaya mereka semuanya warga indonesia dan thailand dan ada juga wanita tempatan iaitu dari sabah dan sarawak.Bagi menarik perhatian pelanggan pelacur ini akan memakai pakaian yang seksi dan akan menggoda lelaki 'hidung belang' ini untuk dijadikan sebagai duit mereka pada hari itu.




Mereka juga tidak segan silu menawarkan khidmat seks didalam bilik kedai yang kotor dan sempit itu,dan harga yang ditawarkan untuk mendapatkan khimat seks mereka sekita rm30-rm50 bergantung kepada paras rupa sipelacur.kalau cantik pelacurnya mahallah harganya.kalau hodoh. faham2 lah ye.
ini kawasan pelacuran kelas rendah.ada juga yang kelas tinggi atau kelas 1 . untuk golongan orang kaya.
menunggu pelanggan

Dikawasan 'Champion club' di belakang Balai bomba pudu.disitu pula lain konsepnya.konsepnya pelacur disitu akan duduk ditepi jalan dan beborak sekelompak mereka.dan apabila ada lelaki yang turun dari kereta ,merekaa akan goda dan jika persetujuan di kedua pihak.jadi pelanggan akan dibawa kerumah sekitar itu.konsep di situ lebih selamat dan terkawal kerana mereka tidak mempunya tempat tetap.sekadar lepak ditepi jalan.jadi tidak menimbulkan syak kepada pihak berkuasa.harga dikawasan ini lebih mahal.sekitar rm100-rm200 satu jam/satu round .

bilik yang disediakan.

Apabila negara kita dibanjiri oleh pelacur-pelacur ini.adakah negara kita ini wajar dikekalkan sebagai negara islam ?? malu dengan orang negara luar.negara islam perjalanan negara sebegini.jadi siapa yang patot kita salahkan ?? pihak berkuasa? adun kawasan ? menteri ? rakyat ? . assalamualaikum.

p/s: sesiapa mempunya tempat untuk dijadikan pencarian entiti paranormal sila tinggalkan pesanan di tempat disedikan. TQ

Thursday 12 January 2012

Apa itu Friday The 13th ??



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia , Hari ni,hari Jumaat.penghulu segala hari .13/1/2011.
Dan aku tengok hampir semua friends aku keluarkan status Friday the 13th.. whats mean ? . bermaksud hari malang. itu adalah kepercayaan orang bukan islam. Tetapi aku sekadar berkongsi Maklumat supaya kita tahu apa yang berlaku akan datang dan orang disekililing kite. begina kisahnya. :->>>

Jumaat 13 berlaku apabila pada hari ketiga belas bulan jatuh pada hari Jumaat, yangtahyul berpendapat untuk menjadi hari nasib malang. Dalam kalendar Gregorian, hari iniberlaku sekurang-kurangnya sekali, tetapi paling banyak tiga kali setahun. Hari ke-13mana-mana bulan akan jatuh pada hari Jumaat jika bulan bermula pada hari Ahad.


Takut ke-13 Jumaat ini dipanggil friggatriskaidekaphobia (Frigga nama dewi Norseorang-orang "Jumaat" dinamakan dan takut triskaidekaphobia makna nombor tiga belas),atau paraskevidekatriaphobia  dinamika kata-kata Yunani Paraskevi(Παρασκευή,yang bermaksud "Jumaat"), dan dekatreís (δεκατρείς, yang bermaksud "tiga belas") yang dilampirkan kepada fobia (φοβία, dari Phobos, φόβος, yang bererti "takut"). Perkataanyang terkemudian telah diperolehi pada tahun 1911 [rujukan?] Dan mula-mula muncul dalam sumber arus perdana pada tahun 1953. 


Menurut folklorists, tiada bukti bertulis untuk tahyul "Jumaat ke-13" sebelum abad ke-19 [4] [5] [6] rujukan terawal yang diketahui yang didokumenkan dalam bahasa Inggeris berlaku dalam biografi Henry Sutherland Edwards 1869 Gioachino Rossini:Rossini dikelilingi terakhir oleh mengagumi dan kawan-kawan yang penyayang; Mengapa Jumaat 13 MalangOleh yang demikian, beberapa teori telah dicadangkan mengenai asal usul hari Jumaat kepercayaan karut ke-13.Satu negeri teori bahawa ia adalah penyatuan moden dua khurafat lebih tua: tiga belas yang merupakan nombor malang dan bahawa hari Jumaat adalah hari yang malang.Di ilmu Psittacula, nombor dua belas adalah dianggap sebagai bilangan kesempurnaan, seperti yang dicerminkan dalam dua belas bulan pertama tahun ini, dua belas jam jam, dua belas dewa-dewa Olympus, dua belas suku Israel, dua belas rasul Isa, 12 Keturunan Imam Muhammad , dan sebagainya, manakala tiga belas nombor dianggap tidak teratur, melampaui kesempurnaan ini. Terdapat juga kepercayaan karut, diajar oleh beberapa berasal dari Perjamuan Akhir atau mitos Norse, yang mempunyai tiga belas orang yang duduk di meja akan mengakibatkan kematian salah satu yang makan.Jumaat telah dianggap sebagai hari yang malang sekurang-kurangnya sejak abad ke-14 The Tales Canterbury,  dan banyak profesion lain telah dianggap hari Jumaat sebagai hari yang malang untuk melaksanakan perjalanan atau memulakan projek baru. Jumaat Hitam telah dikaitkan dengan kemalangan pasaran saham dan bencana lain sejak tahun 1800-an. Ia juga telah mencadangkan bahawa Jumaat telah dianggap sebagai hari yang malang kerana, mengikut kitab dan tradisi Kristian, Yesus telah disalibkan pada hari Jumaat 
Seorang pengarang, menyatakan bahawa rujukan adalah semua tetapi tidak wujud sebelum 1907 tetapi sering dilihat selepas itu, telah berhujah bahawa popularitinya berasal dari penyiaran bahawa tahun Thomas W. Lawson 's popular novel Jumaat, Ketiga Belas,  di mana 1 broker yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatankepercayaan karut untuk membuat panik Wall Street pada hari Jumaat ke-13. Rekod kepercayaan tahyul jarang ditemui sebelum abad ke-20, apabila ia menjadi sangat biasa.Hubungan antara kepercayaan karut Jumaat ke-13 dan Knights Templar telah dipopularkan dalam novel 2003 The Da Vinci Code. Walau bagaimanapun, pakar-pakar bersetuju bahawa ini adalah korelasi yang agak kebelakangan ini, dan berkemungkinan besar merupakan ciptaan moden hari. Walaupun mengikut Freemason banyak, tarikh ini adalah selari dengan penyembelihan Knights Templar oleh Gereja. Knights Templar Ramai juga melarikan diri penganiayaan mereka dengan melarikan diri ke Scotland.







korang penag tengok filem  Friday the 13th ?? kalau tak penah. korng wajib tonton. agak seram dan suspen.. senstiasa tunggu apa yang akan terjadi.memang ngeri lah..


The following months have a Friday the 13th:
MonthYearsDominical
letter
January1978, 1984, 1989, 1995, 2006, 2012, 2017, 2023A, AG
February1976, 1981, 1987, 1998, 2004, 2009, 2015, 2026D, DC
March1981, 1987, 1992, 1998, 2009, 2015, 2020, 2026D, ED
April1973, 1979, 1984, 1990, 2001, 2007, 2012, 2018G, AG
May1977, 1983, 1988, 1994, 2005, 2011, 2016, 2022B, CB
June1975, 1980, 1986, 1997, 2003, 2008, 2014, 2025E, FE
July1973, 1979, 1984, 1990, 2001, 2007, 2012, 2018G, AG
August1976, 1982, 1993, 1999, 2004, 2010, 2021, 2027C, DC
September1974, 1985, 1991, 1996, 2002, 2013, 2019, 2024F, GF
October1978, 1989, 1995, 2000, 2006, 2017, 2023, 2028A, BA
November1981, 1987, 1992, 1998, 2009, 2015, 2020, 2026D, ED
December1974, 1985, 1991, 1996, 2002, 2013, 2019, 2024F, GF


begitulah kisahnya.nak lebih lanjut korang search kt google.ada banyak maklumat..

p/s:Laluan motosikal berhantu nantikan kisahnya..