Friday 20 April 2012

zaman kita semua kanak² era 80an & 90an

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Pertaman sekali aku nak mintak maaf sebab dekat sebulan aku tak update story and isu-isu baru. takde mase. keje tersangat lah banyak. jadi maafkan lah saya.

Ok ,kite jangan buang masa kerana masa itu emas. Mari kita imbau eh imbau ke imbas. xkisah lah. ingat kembali zaman kite sewaktu zaman kanak². ni khusus kepada pembaca yang lahir tahun 1970-1999. yang lebih dari tu. 'abang' rase adik tak sempat merasa zaman kanak² yang indah.

Ok. kite terus masuk ke alam darjah 1. Bagaimana korang semua menghadapinya ? sure parents yg tunjuk kan kelas korang. dan masuk buat muke sedih. dan kene kenal kan diri dekat depan sekali. kemudian kita semakin meningkat ke darjah 4.Di darjah 4 kite mule mempunya ramai kawan dan berani untuk bergerak ke mana-mana sendiri(area dalam sekolah) . hehe. sekarang aku nak ingatkan kembali permainan yang kita selalu main dalam kelas.. hmmm .. jom kite imbau kembali.....

                                                                1.Permainan titik

popular permainan ni waktu cikgu tak masuk kelas ade meeting ke.cikgu mc ke.dan sebagainya.Dan buku yang akan menjadi mangsa adlah.... Buku matematik.. nak tahu page mane yang jadi sasaran ? sudah tentu kite akan mencari page yg tengah. dan akan cabut kertas .hahaha.kemudian start the game.. kalau cikgu matematik tahu.. kene sebat. HAHAHA.

2.Ceper

permainan ni berasal dari tutup botol.mesti adik-adik tanya ade ke tutup macam ni? haha. yela zaman sekarang semua tutup plastik. dulu cukup popular botol coke,pepsi,sarsi. popular botol kaca ni. dan penutup die kite ambil untuk jadi kan permainan. mane nk dpt byk2 ? hah. pergi kedai mamak. beli dekat mamak.rm1 dapat 5 tutup botol. hehe. 

3.Lawan pemadam

Tentunya kedai buku akan jadi penuh bila tiba waktu rehat,sebab.... budak-budak nak beli pemadam yg macam diatas. dulu banyak jenis gambar.gambar bendera.cartoon. harga nya 20sen setiap satu. dan pencil box besi 2 tingkat.tingkat atas akan penuh dengan pemadam ini. sangat menyeronok kan. lebih kurang mcm maen wwe. pemadam 1 kene himpit pemadam 2. siapa himpit dulu die menang. kene ade strategi. dan jalan mengikut giliran selang seli. hehehe

4.bola sepak (kertas/kad)

permainan bola sepak ni ade macam cara.tapi yang aku selalu main mase kanak-kanak ialah.. pakai kad daun yang kecik tu. then kite lipat kepada dua. kemudian tekan bahagian atas untuk jadi seperti tendangan. hehehe.

5. jet kertas


jet kertas !! siapa yang tak pandai buat jet ni. memang zaman kanak-kanak die tak sempurna.. buku nya adlah bahagian tengah. haha. korang search la kt utube.*cara buat  jet kertas. hehe. kot-jot lupe nak buatkan..heheheh..

6.batu seremban

permainan ni lebih suke dimain oleh pelajar perempuan. kalau lelaki yang pandai main. kire bangga la. biase lelaki yang pandai main ni. lelaki tu die nk ngorat awek yang maen game ni. hehe. kalau dekat area kampung dorng main pakai batu. tapi kalau dekat belah bandar. mereka kreatif sikit. dorng curi sarung bantal dekat rumah. then pergi dapur cari kacang hijau. dan jahit. tak pun suroh bibik jahitkan. haha..

7.permainan getah


tentunya permainan pelajar wanita. dan permainan ini teramat lah sukar. aku tak sure permainan ni macam mane.. hehehe. tanya lah pelajar wanita..


sebenarnya banyak lagi permainan yang kite main waktu kite era 80/90an..kalau nak dihuraikan memang 1 minggu kot. sini aku cume dapat lampirkan gambarnya.supaya korang dapat mengingati zaman kanak yang terindah dan zaman sekolah rendah dan sahabat-sahabat kite dan mungkin ada yang telah pergi.Dan mari kite mengambil kesempatan ini sedekah kan kepada sahabat kite waktu di zaman kanak-kanak yang telah tiada.. Al-fatihah....

amin..

ok jom kite tengok gambar-gambar..
















(aku menangis kot tak dapat bende ni kt pasar malam)















itu saje yang dapat aku kongsikan,semua itu yang aku lalui mase zaman kanak-kanak. aku pasti korang lebih banyak pengalaman. hahaha. ini belom aku bukak citer main sorok-sorok dalam longkang,main baling selipar. teman akak aku main masak-masak. HAHAHAH. teman je ok. 
hahahah

eh jap !. sebelom aku sign out. laya video ini.pasti korang rindu zaman ini.






Sekian,
Muhd Amirul Agam .
Ketua kelas 6 Cempaka




















Temu Duga Part 1

Soalan Trik: Berapakah Gaji yang Anda Mahu? Soalan berapakah gaji yang anda mahu ini kadangkala dijadikan "soalan trik" ketika temuduga. Ini kerana kadangkala bakal majikan ingin menguji sejauh manakah anda menilai kebolehan diri anda.
Namun begitu, soalan ini perlulah ditangani secara berhati-hati kerana anda tidak mahu kelihatan seperti terlalu mementingkan keperluan materialistik tetapi pada masa harus mempertahankan 'market value' calon temuduga.
Berikut adalah cara menangani soalan "Berapakah Gaji yang Anda Mahu?": "Saya lebih selesa sekiranya pihak Tuan sendiri memberikan saya julat gaji untuk jawatan ini" "Pendapatan kasar semasa saya bekerja di syarikat terdahulu adalah RM3,500. Bolehkah tuan berikan julat gaji untuk jawatan ini?" "Saya rasa agak terlalu awal untuk membincangkan perkara ini. Saya lebih selesa untuk membincangkan berkenaan pengalaman kerja dan skillset saya terlebih dahulu sebelum kita ke peringkat seterusnya." Elakkan dari terus bertanya berkenaan soal gaji dan bonus diawal proses temuduga. Sebaliknya tunggu sehingga penemuduga menerangkan kepada anda atau bertanyakan berkenaan gaji yang besesuaian untuk anda.